Sexual And Gender-Based Violence And Harassment

Keganasan Dan Gangguan Seksual Dan Gender

Demand 1

Address sexual and gender-based violence at all levels and in all forms for both citizens and non-citizens by enacting a Gender Equality Act, a Sexual Harassment Act, and stalking laws drawing from the UN Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), the CEDAW Committee’s General Recommendations, and identified good and similar laws of other countries. Strengthen and/or put in place mechanisms to effectively implement laws and policies that prohibit sexual and gender-based violence, in consultation with relevant civil society groups and target populations, including communities who continue to remain in the margins of society. This includes:

  1. Incorporating the definition of discrimination under Article 1 of CEDAW in the body of the Federal Constitution.

  2. Incorporating the right to privacy in the Federal Constitution. This also means having a clear definition of privacy and the recognition of individual and bodily autonomy, and control over personal data.

  3. Repealing Syariah laws that criminalise persons based on gender identity and gender expression as these laws contravene the right to freedom of speech and expression under Article 10(1)(a) of the Federal Constitution. Article 7 of the Federal Constitution. Article 7 prohibits repeated trials and arrests for the same offence. In the absence of clear evidence of harm and/or a clear victim, Article 7 in these particular instances of criminalising “male posing as a woman” and “female posing as a man” would apply. Furthermore, laws that criminalise persons in the absence of clear evidence of harm and/or a victim fail to uphold Article 8(1) which ensures that all persons are equal before the law.

  4. Determining and committing to a short to medium-term in developing, enacting and enforcing these laws.

 

Demand 2

Recognise that the right to privacy is central to the protection of women and girls’ against sexual and gender-based violence and harassment, especially in the age of social media, Internet of Things (IoT), digital identities and platform economies. This can be done by:

  1. Recognising that the right to privacy is inherent to the liberty of the person under Article 5 of the Federal Constitution. Liberty ensues that women and girls should have full control of their personal data and the ability to live their everyday life without being subjected to surveillance and manipulation of behaviour through moral policing

  2. Reviewing and examining the effectiveness and gender-responsiveness of the Personal Data Protection Act, and any relevant laws that regulate information and personal data. 

  3. Recognising the right to anonymity and importance of data encryption. Anonymity is core to freedom of expression and public participation, particularly when it comes to telling difficult stories that break the taboos around gender, sex and sexuality. Anonymity accords safety to women and girls who are affected by discrimination and enables one to live the fullest human experience, where it is not possible offline. Any prohibition to anonymity in the name of crime and national security must be proportionate to the crime and absolutely necessary.

 

Demand 3

Fund public education programmes that discourage sexism and misogyny. This means that public service announcements, nationwide campaigns and other form of public education programmes must not only look at inter and intra ethnic issues, and inter and intra religious issues, but gender inequality issues as well.

Demand 4

Amend Section 375 of the Penal Code and all other related legislations to  recognise marital rape as a crime. This includes all forms of coercive sexual relations between married partners and unmarried intimate partners. This would mean expanding the Domestic Violence Act to include violence perpetrated in unmarried intimate partnerships.

Demand 5

Address religious bigotry, vilification and denigration tantamount to objectification of people based on gender through public education, training of teachers, including religious teachers, and all public servants. This includes training on countering gender stereotyping of roles and responsibilities that undermine bodily autonomy, independence, and decision-making, and ensuring that these are put into practice in the field.

Demand 6

Mandate public servants, especially those who work in critical areas like the police force, to not only undergo gender sensitisation training, but to practise what is learnt from these trainings in the field. This is to ensure that women and minority groups are not discouraged from reporting crimes like rape and sexual assaults to the authorities, and be accorded proper victim-friendly treatment in police care and custody.

Demand 7

Provide victim support services for victims/survivors of sexual and gender-based violence, including the provision of special measures for witnesses.

Demand 8

Ensure trainers who conduct gender sensitisation and sexual harassment trainings with civil servants and others in the public and private sectors are properly qualified in terms of content, delivery, design and the rights-based approach, in consultation with women’s rights organisations. Such training curricula should be subjected to review and the training sessions subjected to official observation by representatives from women’s rights organisations.

Demand 9

Ensure government housing programmes are also offered to women-headed households, and single women who are poor and from vulnerable and marginalised communities. Single women are often made vulnerable if they can only access types of accommodation that do not offer much security and privacy.

Tuntutan 1

Menangani keganasan seksual dan gender di semua peringkat dan dalam semua bentuk terhadap rakyat Malaysia dan warga asing dengan menggubal satu Akta Kesamarataan Gender, Akta Gangguan Seksual, dan undang-undang menghendap berdasarkan Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Saranan Am Jawatankuasa CEDAW, dan undang-undang baik dan serupa yang dilaksanakan di negara-negara lain. Mengukuhkan dan/atau membentuk mekanisme untuk melaksanakan undang-undang dan polisi yang melarang keganasan seksual dan gender dengan efektif, dengan konsultasi bersama kumpulan masyarakat sivil dan populasi sasaran, termasuk komuniti yang terus terpinggir dalam masyarakat. Ini termasuk:

 

  1. Memasukkan definisi diskriminasi di bawah Perkara 1 CEDAW dalam Perlembagaan Persekutuan.

  2. Memasukkan hak privasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermaksud mempunyai definisi privasi yang jelas dan pengiktirafan autonomi diri dan individu, dan kawalan ke atas data peribadi. 

  3. Memansuhkan undang-undang Syariah yang mengenakan tindakan jenayah ke atas seseorang berdasarkan identiti gender dan ekspresi gender memandangkan undang-undang ini melanggar hak kebebasan bersuara dan berekspresi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan melarang perbicaraan dan penangkapan berulang untuk kesalahan yang sama. Dengan tiadanya bukti kemudaratan dan/atau mangsa yang jelas, dalam keadaan yang menjadikan satu kesalahan jenayah untuk “lelaki berkelakuan seperti wanita” dan “wanita berkelakuan seperti lelaki”, Perkara 7 adalah terpakai. Tambahan pula, undang-undang yang menjadikan sesuatu kesalahan jenayah tanpa wujudnya bukti kemudaratan dan/atau mangsa yang jelas gagal memartabatkan Perkara 8(1) yang menjamin bahawa semua individu mempunyai hak samarata di sisi undang-undang.

  4. Menentukan dan memberikan komitmen jangkamasa pendek dan sederhana dalam membentuk, menggubal, dan melaksanakan undang-undang ini.

 

Tuntutan 2

Mengiktiraf bahawa hak privasi adalah teras kepada perlindungan wanita dan kanak-kanak perempuan daripada keganasan dan gangguan seksual dan gender, terutamanya dalam era media sosial, Internet Pelbagai Benda (IoT), identiti digital dan ekonomi platform. Ini boleh dilakukan dengan:

 

  1. Mengiktiraf bahawa hak privasi telah wujud bersama hak kebebasan seseorang individu di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan memastikan wanita dan kanak-kanak perempuan mempunyai kawalan penuh data peribadi mereka dan keupayaan untuk menjalani kehidupan seharian mereka tanpa diawasi dan dimanipulasi melalui kepolisian moral.

  2. Menyemak semula dan memeriksa keberkesanan dan kepekaan Akta Perlindungan Data Peribadi, dan undang-undang berkaitan yang mengawal selia maklumat dan data peribadi.

  3. Mengiktiraf hak untuk tidak dikenali dan kepentingan menjadikan data sebagai sulit. Untuk tidak dikenali adalah teras kepada kebebasan berekspresi dan penyertaan awam, terutamanya apabila ia melibatkan perlunya untuk menyatakan cerita yang sukar yang memecah pantang larang berkenaan gender, seks, dan seksualiti. Untuk tidak dikenali menjamin keselamatan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan yang terkesan dengan diskriminasi dan membolehkan seseorang untuk hidup dengan penuh bermakna, di mana ia mustahil di alam nyata. Sebarang larangan untuk tidak dikenali atas nama jenayah atau keselamatan negara mestilah berkadaran dengan jenayah dan diperlukan sepenuhnya.

 

Tuntutan 3

Membiayai program pendidikan awam yang melawan seksisme dan misogini. Ini bermaksud pengumuman khidmat awam, kempen di seluruh negara dan program pendidikan awam dalam bentuk lain mestilah tidak hanya bertumpu kepada isu dalaman dan luaran antara kaum dan agama, tetapi juga isu ketidaksamarataan gender.

 

Tuntutan 4

Meminda seksyen 375 Kanun Keseksaan dan undang-undang berkenaan untuk mengiktiraf rogol dalam perkahwinan adalah satu jenayah. Ini termasuk semua bentuk hubungan seksual yang dipaksa di antara pasangan berkahwin dan yang tidak berkahwin. Ini bermaksud meluaskan Akta Kegansan Rumah Tangga untuk memasukkan keganasan yang dilakukan dalam hubungan intim di luar perkahwinan.

Tuntutan 5

Menangani ketaksuban agama, perbuatan yang bersifat jahat dan merendahkan yang membawa kepada objektifikasi berdasarkan gender melalui pendidikan awam, latihan guru, termasuk guru agama, dan semua penjawat awam. Ini termasuk latihan melawan stereotaip gender berkenaan peranan dan tanggungjawab yang melemahkan autonomi diri, kemandirian, dan keupayaan membuat keputusan, dan memastikan semua ini dipraktikkan di lapangan.

Tuntutan 6

Mewajibkan penjawat awam, terutama mereka yang bekhidmat di lapangan penting seperti pasukan polis, untuk bukan sahaja menjalani latihan sensitif gender, tetapi juga mempraktikkan apa yang dipelajari daripada latihan ini di lapangan. Ini adalah untuk memastikan wanita dan kumpulan minoriti tidak dihalang dari membuat laporan tentang jenayah seperti rogol dan serangan seksual kepada pihak berkuasa, dan mereka diberikan layanan yang mesra mangsa yang sebaiknya semasa dalam jagaan dan tahanan polis.

 

Tuntutan 7

Menyediakan khidmat sokongan untuk mangsa/mereka yang terselamat daripada keganasan seksual dan gender, termasuk peruntukan langkah khas untuk saksi.

 

Tuntutan 8

Memastikan pelatih yang menjalankan latihan sensitif gender dan gangguan seksual untuk penjawat awam dan mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta mempunyai kelulusan dari segi kandungan, penyampaian, bentuk dan pendekataan berasaskan hak, dengan konsultasi bersama organisasi hak wanita. Kurikulum tersebut perlu tertakluk kepada semakan semula dan sesi latihan tertakluk kepada pemerhatian rasmi oleh wakil organisasi-organisasi hak wanita.

 

Tuntutan 9

Memastikan program perumahan kerajaan juga ditawarkan kepada wanita yang menjadi tunjang keluarga, dan wanita bujang yang miskin dari komuniti rentan dan terpinggir. Wanita bujang selalunya menjadi rentan jika mereka hanya boleh mengakses jenis perumahan yang tidak menawarkan keselamatan dan privasi.

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon