The Judiciary & Equality In The Law

Kehakiman Dan Kesamarataan Di Bawah Undang-Undang

Demand 1

Establish a Law Reform Commission to restore the independence of the judiciary; and resolve the conflict of jurisdiction between civil and Syariah laws.

Demand 2

Review existing domestic laws as well as their judicial interpretations and enforcement to identify the gaps in ensuring the full protection of human rights guaranteed under the Federal Constitution, the Universal Declaration of Human Rights (UDHR), the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), the Convention on the Rights of the Child, and the Convention on the Rights of Persons with Disabilities.

Demand 3

Review all laws to ensure that freedoms guaranteed under the Federal Constitution are protected at all costs, that these laws do not violate human rights, and that the limits to the limitations are clearly defined. This includes:

  1. Reviewing Section 21 of the Minor Offences Act 1955 which currently allows for women and trans people to be charged arbitrarily for indecent behaviour.

  2. Repealing the Penal Code that criminalises consensual sex “against the order of nature.”

  3. Reviewing the Film Censorship Act to ensure that it does not undermine or prohibit the sharing of knowledge and ideas, the right to dissent, and the promotion of discourse.

  4. Repealing all laws that allow arbitrary declaration of emergency; torture, capital punishment, detention-without-trial and incommunicado detention, including the National Security Council Act (NSC), the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), the Prevention of Terrorism Act 2015 (POTA), and the Prevention of Crime Act (POCA).

Demand 4

Repeal Syariah evidence laws equating the testimony of two female witnesses to that of one male witness.

 

Demand 5

Encourage the promotion and substantive engagement of women judges in both the civil and sharia legal systems. This includes increasing the number of practicing and qualified women judges, especially in the Syariah legal system and ensure that their powers are not in any way limited in the types of cases they can preside over compared to their male counterparts.

 

Demand 6

Support training for judges of both the civil and Syariah legal systems in formulating, interpreting and implementing laws and court decisions that are just, equitable and compassionate to women, in keeping with the spirit and principle of the Federal Constitution Article 8(1), that all persons are equal before the law.

 

Demand 7

Make available legal aid assistance to all regardless of nationality and not just limited to capital punishment cases. In particular, asylum seeking women, refugee women and stateless women and migrant women should be given effective legal protection throughout the asylum process, including by providing legal aid, legal representation and assistance.

Tuntutan 1

Membentuk satu Suruhanjaya Penambahbaikan Undang-Undang untuk memulihkan kebebasan kehakiman; dan menyelesaikan konflik di antara bidangkuasa undang-undang sivil dan Syariah.

 

Tuntutan 2

Menyemak semula undang-undang domestik sedia ada dan juga penafsiran dan pelaksanaan kehakiman untuk mengenal pasti jurang-jurang dalam memastikan perlindungan penuh hak asasi manusia sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, Pengisytiharan Hak Asasi Sejagat (UDHR), Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya.

 

Tuntutan 3

Menyemak semula semua undang-undang untuk memastikan kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persektuan dilindungi dalam apa jua keadaan, di mana undang-undang ini tidak melanggar hak asasi manusia, dan sebarang sekatan yang dikenakan ditakrifkan dengan jelas. Ini termasuk:

 

  1. Menyemak semula Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membenarkan wanita dan orang trans didakwa sewenang-wenangnya untuk kelakuan tidak baik.

  2. Memansuhkan peruntukan Kanun Keseksaan yang menjadikan satu kesalahan jenayah seks sukarela yang “melanggar fitrah”.

  3. Menyemak semula Akta Penapisan Filem untuk memastikan ia tidak melemahkan atau melarang perkongsian ilmu dan idea, hak untuk berbeza pendapat, dan promosi wacana.

  4. Memansuhkan semua undang-undang yang membenarkan pengisytiharan darurat sewenang-wenangnya, hukuman mati, penahanan tanpa bicara dan penahanan rahsia, termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara (NSC), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

 

Tuntutan 4

Memansuhkan undang-undang keterangan Syariah yang menyamakan keterangan dua saksi wanita kepada keterangan satu saksi lelaki.

 

Tuntutan 5

Menggalakkan promosi dan pembabitan penuh hakim wanita dalam sistem perundangan sivil dan Syariah. Ini termasuk meningkatkan bilangan hakim wanita yang beramal dan berkelayakan, terutamanya dalam sistem perundangan Syariah dan memastikan bahawa kuasa mereka tidak terhad dalam apa cara sekali pun kepada jenis kes yang diadili jika dibandingkan dengan rakan lelaki mereka.

 

Tuntutan 6

Menyokong latihan untuk hakim dalam sistem perundangan sivil dan Syariah dalam membentuk, menafsirkan dan melaksanakan undang-undang dan keputusan mahkamah yang adil, samarata dan mempunyai belas kasihan kepada wanita, dalam memartabatkan semangat dan prinsip Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan, di mana semua individu mempunyai hak samarata di sisi undang-undang.

 

Tuntutan 7

Menyediakan bantuan guaman kepada semua tanpa mengira kerakyatan dan tidak terhad kepada kes hukuman mati. Terutamanya bagi wanita yang mencari suaka, wanita pelarian, wanita tidak berkerakyatan dan wanita migran di mana mereka perlu diberi perlindungan undang-undang yang efektif di sepanjang proses mencari suaka, termasuk dengan menyediakan bantuan dan representasi guaman.

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon