Introduction

Pengenalan

In the lead up to the 1990 general elections, a Women’s Manifesto was produced to articulate civil society’s aspirations to improve the status of women in various areas of concerns, including the law, violence against women, development, health, corruption and human rights. Nine years later, 76 Malaysian civil society organisations endorsed the Women’s Agenda for Change (WAC) for the 1999 general elections.

 

Many of the demands made in 1990 and 1999 are still relevant today. For example, holistic sex education programmes are yet to be implemented in schools, sexual harassment continues to be a major issue for many women, misogyny appears to be on the rise and not only increasingly tolerated and but encouraged or supported, and the demand of ensuring that women form at least 30 per cent of membership in committees, institutions and councils who formulate and enact laws and policies in the name of religion is very far from being realised. In short, women’s rights in Malaysia have seen too few successes, and worse, have experienced many setbacks, especially in the area of women’s public and political participation, women’s bodily autonomy and self-determination, and freedom of expression.

 

The reality in Malaysia is a strong patriarchal culture continues to impair women’s ability to fully realise their human rights. The impact of patriarchy and sexual and gender based violence (SGBV) is compounded by the politicisation of ethnicity and religion, which imposes very strict notions of women’s appearance or behaviour, with repercussions for those who do not conform, or who question imposed norms. In many instances, violence and discrimination against women are justified on the basis of culture or religion.

 

While the Sexual Offences Against Children Act 2017 is a welcomed effort, and a concrete step towards the right direction, much more needs to be done. Girls continue to bear the brunt of gender inequality and violence against women in Malaysia, from early marriage to notions that it is okay to marry one’s rapist. Gender inequality persists, and can increase in severity in the negative impacts of such inequality, especially for women, girls and gender non-conforming people. Globally, research by the United Nations, the World Bank, the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), and others have shown that gender equality is an essential foundation for sustainable development, and for peace and security to prevail in a country in all aspects—politically, socially, economically and technologically. There is strong evidence that the gender norms that underpin inequality can drive conflict and violence, particularly when cultural notions of masculinity are associated with domination and control. Such gender unequal power dynamics affect boys and men just as much, when they fall victim to toxic masculinity. It is time that Malaysia exerts stronger political will to send a clear message that gender equality is instrumental and non-negotiable for the nation.

 

Our demands focus both on issues faced by women and in creating a more enabling environment for the respect, promotion, protection and fulfilment of human rights on the basis of gender equality.

Dalam menuju pilihanraya pada tahun 1990, satu Manifesto Wanita telah dihasilkan untuk mengungkap aspirasi masyarakat sivil untuk memperbaiki status wanita dalam pelbagai lapangan penting, termasuk undang-undang, keganasan terhadap wanita, pembangunan, kesihatan, rasuah dan hak asasi manusia. Sembilan tahun kemudiannya, 76 organisasi masyarakat sivil telah mengangkat Agenda Wanita untuk Perubahan (WAC) untuk pilihanraya umum pada tahun 1999.

 

Banyak tuntutan yang dibuat pada tahun 1990 dan 1999 masih relevan pada hari ini. Contohnya, program pendidikan seks yang holistik masih belum dilaksanakan di sekolah, gangguan seksual terus menjadi isu besar bagi wanita, misogini semakin meningkat dan bukan sahaja diterima tetapi digalakkan dan disokong, dan tuntuan untuk wanita membentuk sekurang-kurangnya 30 peratus keahlian dalam jawatankuasa, institusi dan majlis yang membentuk dan menggubal undang-undang dan polisi berkaitan agama masih jauh ketinggalan. Secara ringkasnya, hak wanita di Malaysia masih gagal melihat banyak perkembangan, dan lebih teruk, ia mengalami banyak kemunduran, terutamanya dalam lapangan penyertaan wanita di ruang awam dan politik, autonomi diri dan penentuan nasib sendiri wanita dan kebebesan bersuara.

 

Adalah menjadi realiti di Malaysia bahawa budaya patriarki yang kuat terus menghalang keupayaan wanita untuk menikmati hak asasi mereka. Kesan patriarki dan keganasan seksual dan gender (SGBV) diburukkan lagi oleh isu agama dan kaum yang dipolitikkan, yang mengenakan tanggapan ketat ke atas penampilan dan perlakuan wanita, dan sesiapa yang tidak menurutnya, atau sesiapa yang mempersoal norma-norma yang dikenakan ini akan menerima akibat. Dalam banyak kes, keganasan dan diskriminasi terhadap wanita dibiarkan berlaku atas nama budaya dan agama.

 

Sementara Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dialu-alukan, dan merupakan langkah konkrit menuju ke arah yang sepatutnya, banyak lagi perkara perlu dilakukan. Kanak-kanak terus menjadi mangsa ketidaksamarataan gender dan keganasan terhadap wanita di Malaysia, dari perkahwinan awal kepada tanggapan bahawa ia adalah sesuatu yang biasa untuk mengahwini perogol. Ketidaksamarataan gender terus berlaku, dan boleh bertambah buruk di mana ia memberi kesan negatif terutamanya kepada wanita, kanak-kanak perempuan, dan mereka yang tidak menurut nilai-nilai gender. Di peringkat global, kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bank Dunia, Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), dan badan-badan lain telah menunjukkan bahawa kesamarataan gender adalah asas penting untuk pembangunan yang lestari, untuk keamanan dan keselamatan diketengahkan dalam sebuah negara dalam semua aspek – politik, sosial, ekonomi dan teknologi. Terdapat bukti yang kukuh yang menyatakan bahawa norma-norma gender yang memacu ketidaksamarataan boleh menyumbang kepada konflik dan keganasan, terutamanya apabila tanggapan budaya maskuliniti disamakan dengan dominasi dan kawalan. Dinamik kuasa gender yang tidak samarata ini juga memberi kesan kepada kanak-kanak lelaki dan lelaki, apabila mereka menjadi mangsa kepada maskuliniti toksik. Sudah tiba masanya Malaysia memberikan kehendak politik yang kuat untuk menghantar mesej yang jelas bahawa kesamarataan gender adalah penting dan tidak boleh dirunding untuk negara ini.

 

Tuntutan-tuntutan kami memfokuskan dua isu yang dihadapi wanita dan dalam membina persekitaran yang membolehkan hak asasi manusia berasaskan kesamarataan gender dihormati, dipromosi, dilindungi dan dipenuhi.

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon