Health, Bodily Autonomy & Wellbeing

Kesihatan, Autonomi Diri Dan Kesejahteraan

Demand 1

Ensure sexual and reproductive health information and services are, by default, always and readily available for all women and girls at all public and private health care clinics, centres and hospitals, regardless of marital status, age, sexual orientation, gender expression or gender identity. This includes access to contraceptives and prenatal care for women regardless of marital status. Privacy and confidentiality should also be assured with such services.

Demand 2

Review current curriculum to include issues of gender and sexuality in the education and clinical training of mental health professionals based on international standards of mental health care and the prioritisation of attaining the highest standards of well being for the individual.

Demand 3

Ensure public education on mental health issues in line with international standards, and highlight any gender differences that can impact on access to and affordability of treatment.

Demand 4

Establish a national health care fund like the EPF, where both employers and employees contribute (and to which the National Sovereignty Fund could contribute as well) to ensure that health care costs for all Malaysians will be met by the government throughout their adult life.

Demand 5

Establish comprehensive, rights-based and informed choice sexuality education as part of the school syllabus.

 

Demand 6

Prohibit the practice of all forms of Female Genital Mutilation (FGM), including Female Circumcision, given that it has no basis in core Islamic law or any of its partial provisions, but carries significant health risks and compromises the bodily autonomy of girls.

 

Demand 7

Repeal the Penal Code and state Syariah laws that criminalise “enticing a married woman,” perpetuating a view that women are the property of their husbands.

Demand 8

Repeal all laws that criminalise children born or conceived out of wedlock and prohibit the criminalisation of their parents. Encourage instead the strengthening of parental ties, and ensure the overall well-being of the child and parents from stigmatisation, discrimination and all forms of criminal prosecution. This includes ensuring that these mothers and their unborn babies or newborn babies are not alienated in any way from the public healthcare system, especially for pre and postnatal care, while waiting for these laws and procedures to be repealed.

Demand 9

Encourage self-regulation of media to stop all gender stereotyping and misogyny in media whether through images or words, including by advertisers.

Tuntutan 1

Memastikan maklumat dan perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif sentiasa dan sedia didapati oleh semua wanita dan kanak-kanak perempuan di semua klinik penjagaan kesihatan awam dan swasta, pusat kesihatan dan hospital, tanpa mengira status perkahwinan, umur, orientasi seks, ekspresi gender atau identiti gender. Ini termasuk akses kepada kontraseptif dan penjagaan sebelum kelahiran untuk wanita tanpa mengira status perkahwinan. Privasi dan kerahsiaan mestilah dijamin dalam perkhidmatan ini.

Tuntutan 2

Menyemak semula kurikulum semasa untuk memasukkan isu gender dan seksualiti dalam latihan pendidikan dan klinikal golongan profesional kesihatan mental berdasarkan piawaian antarabangsa penjagaan kesihatan mental dan pengutamaan untuk mencapai piawaian tertinggi bagi kesejahteraan individu.

Tuntutan 3

Memastikan pendidikan awam berkenaan kesihatan mental selari dengan piawaian antarabangsa, dan mengketengahkan sebarang perbezaan gender yang boleh memberi kesan kepada akses untuk mendapat rawatan yang berpatutan. 

Tuntutan 4

Menubuhkan satu kumpulan simpanan wang penjagaan kesihatan nasional seperti KWSP, di mana majikan dan pekerja menyumbang (di mana Dana Harta Negara juga boleh menyumbang) untuk memastikan kos penjagaan kesihatan untuk rakyat Malaysia akan dibiayai oleh kerajaan sepanjang tempoh kehidupan dewasa.

Tuntutan 5

Membentuk pendidikan seksualiti yang menyeluruh, berdasarkan hak dan pilhan yang dibuat setelah mendapat penjelasan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran sekolah.

Tuntutan 6

Melarang amalan semua bentuk mutilasi alat kelamin wanita (FGM), termasuk bersunat untuk wanita, memandangkan ia tidak mempunyai sebarang asas di bawah undang-undang Islam atau sebahagian daripada peruntukannya, tetapi membawa risiko kesihatan yang besar dan mengkompromi autonomi diri kanak-kanak perempuan.

Tuntutan 7

Memansuhkan peruntukan Kanun Keseksaan dan undang-undang Syariah negeri yang menjadikan kesalahan jenayah untuk “memikat seorang wanita yang telah berkahwin”, yang mengesahkan pandangan bahawa wanita adalah harta suami mereka.

Tuntutan 8

Memansuhkan semua undang-undang yang menjadikan kesalahan jenayah untuk kanak-kanak yang lahir atau dikandung di luar pernikahan dan malarang tindakan jenayah ke atas ibu bapa mereka. Adalah sepatutnya hubungan kekeluargaan digalakkan demi memastikan kesejahteraan menyeluruh anak dan ibu bapa di mana mereka bebas daripada stigma, diskriminasi dan segala bentuk pertuduhan jenayah. Ini termasuk memastikan ibu dan anak yang belum lahir tidak dipinggirkan dalam apa cara sekali pun daripada sistem penjagaan kesihatan, terutamanya penjagaan sebelum dan selepas kelahiran, sementara menunggu undang-undang dan prosedur sedia ada dimansuhkan. 

Tuntutan 9

Menggalakkan media untuk mengawal selia sendiri untuk menghentikan semua stereotaip gender dan misogini dalam media samada melalui gambar atau perkataan, termasuk oleh pengiklan. 

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon