Good Governance And Participatory Democracy

Tadbir Urus Baik Dan Demokrasi Penyertaan

Demand 1

 

Ensure women’s equal political representation, as women currently make up about 50 per cent of the population and 69.5 percent of Malaysian women  are in the productive age group of 15 to 64 years old. This can be done by:

  1. Making a provision for Women-only Additional Seats (WOAS), who when elected can better address gender issues.

  2. Mandating parties to nominate a minimum of 30% women for State and Federal elections.

  3. Establishing voluntary quota list for women’s participation in political parties.

  4. Institutionalising the Women’s Parliamentary Caucus as a standing committee in Parliament, which could be called the Women and Equalities Select Committee, as it is in the UK Parliament.

  5. Amending the Election Act to address Harassment and Violence against Women (e.g. in the process of campaigning for elections) and subject the implementation of this legal provision to review and tracking by a Women and Equalities Select Committee.[1]

  6. Mandating political parties to adopt more effective and supportive strategies in empowering female politicians to represent constituencies by recognizing the uniqueness and different strengths of female politicians and how to further optimise these during capacity-building trainings.

Demand 2

 

Bring back local government elections that would better contribute to more effective check and balances in governance, including at the JKKK level, ensuring at least 30% women’s participation, and present disaggregated data on women’s representation from the JKKK level to top levels of decision-making. This includes ensuring all villages and associations hold democratic elections with measures such as rotation of the top posts and asset declarations of the top office bearers instituted.

Demand 3

Decentralise social services such as education, housing, transport and even community policing, to be managed by elected local councils, ensuring women’s representation as in Demand 2 above.

Demand 4

Establish a standing committee on human rights in Parliament, with women MPs comprising at least 50 per cent of the committee members, and make this the body to which SUHAKAM is answerable. Ensure regular consultations between such a standing committee on human rights with women’s rights groups, as well as other human rights groups.

 

Demand 5

Require all elected representatives and senior civil servants to publicly declare their assets and incomes, as well as those of their immediate families.

Demand 6

 

Repeal the Sedition Act, and stop the use of laws and harassment against Malaysians who demand accountability and transparency from politicians, and State and non-State actors.

 

Demand 7

 

Establish a Women and Equalities Ministry as the current mandate of the Ministry of Women, Family and Community Development is subject to direct and indirect patriarchal norms that undermine the achievement of gender equality in the country.

 

Demand 8

 

Extend the proposal of “Non-Constituency Seats” to include minority groups and ensure their representation at State Legislatures to improve redress for human rights issues and violations suffered by these groups

Demand 9

Encourage the sharing of knowledge, ideas and the promotion of discourse and debate to foster healthier respect for diversity and dissent. This includes:

  1. Establishing the Shadow Cabinet under the leadership of the Leader of the Opposition(s), to form an alternative cabinet to that of the government, and whose members shadow or mirror the positions of each individual member of the Cabinet. It is the Shadow Cabinet's responsibility to criticise the policies and actions of the government, as well as to suggest alternatives.

  2. Ensuring media freedom so that journalists can do more effective reporting and investigative journalism.

 

Tuntutan 1

Memastikan representasi politik wanita yang samarata, memandangkan wanita pada masa ini adalah 50 peratus daripada populasi dan 69.5 peratus wanita Malaysia adalah dalam kumpulan umur produktif 15 hingga 64 tahun. Ini boleh dilakukan dengan:

 

  1. 1Membuat satu peruntukan untuk Kerusi Tambahan untuk Wanita sahaja (WOAS) di mana bila beliau dipilih, beliau boleh dengan lebih baik menangani isu-isu gender.

  2. Mewajibkan parti-parti untuk mencalonkan minimum 30% wanita untuk pilihanraya Negeri dan Persekutuan.

  3. Menubuhkan senarai kuota sukarela untuk penyertaan wanita dalam parti-parti politik.

  4. Menginstitusikan Kaukus Parlimen Wanita sebagai jawatankuasan tetap di Parlimen, yang boleh dipanggil sebagai Jawatankuasa Pilihan Wanita dan Kesamarataan, seperti di Parlimen UK.

  5. Meminda Akta Pilihanraya untuk menangani Gangguan dan Keganasan ke atas Wanita (contohnya dalam proses berkempen semasa pilihanraya) dan mewajibkan pelaksanaan peruntukan undang-undang ini untuk disemak semula dan dinilai oleh Jawatankuasa Pilihan Wanita dan Kesamarataan.

  6. Mewajibkan parti-parti politik untuk menggunapakai strategi yang lebih efektif dan mendorong dalam memperkasakan ahli politik wanita untuk mewakili kawasan pilihanraya dengan mengiktiraf keunikan dan kekuatan berbeza ahli politik wanita dan bagaimana untuk terus mengoptimumkannya semasa latihan pembinaan kapasiti.

 

Tuntutan 2

Mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan yang akan menyumbang dengan lebih baik kepada semak imbang yang lebih efektif dalam tadbir urus, termasuk di peringkat JKKK, memastikan sekurang-kurangnya 30% penyertaan wanita, dan membentangkan data tidak agregat berkenaan representasi wanita dari peringkat JKKK sehingga ke peringkat tertinggi dalam membuat keputusan. Ini termasuk memastikan semua kampung dan pertubuhan menjalankan pilihanraya dengan demokratik dengan mengenakan langkah-langkah seperti kitaran jawatan teratas dan pengisytiharan harta pemegang jawatan tertinggi.

Tuntutan 3

Mendisentralisasi perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perumahan, pengangkutan dan kepolisian komuniti, untuk diurus oleh ahli majlis yang dipilih, dengan memastikan representasi wanita seperti Tuntutan 2 di atas.

 

Tuntutan 4

Menubuhkan satu jawatankuasa tetap hak asasi manusia di Parlimen, dengan ahli Parlimen wanita terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 peratus ahli jawatankuasa, dan menjadikan badan ini bertanggungjawab sepertimana dikenakan ke atas SUHAKAM. Memastikan konsultasi berkenaan hak asasi manusia kerap dijalankan di antara jawatankuasa tetap tersebut dengan kumpulan hak wanita, dan juga kumpulan hak asasi manusia lain.  

 

Tuntutan 5

Mewajibkan wakil yang dipilih dan penjawat awam senior dan juga ahli keluarga terdekat mereka untuk mengisytiharkan harta dan pendapatan.

 

Tuntutan 6

Memansuhkan Akta Hasutan, dan berhenti menggunakan undang-undang dan gangguan tehadap rakyat Malaysia yang menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan daripada ahli politik, Negara dan pelaku bukan Negara.

 

Tuntutan 7

Menubuhkan satu Kementerian Wanita dan Kesamarataan memandangkan mandat semasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tertakluk kepada norma-norma patriarki secara lansung atau tidak langsung yang melemahkan pencapaian kesamarataan gender dalam negara.

Tuntutan 8

Memanjangkan cadangan “Kerusi Bukan Kawasan Pilihanraya” untuk memasukkan kumpulan minoriti dan memastikan representasi mereka di peringkat Perundangan Negeri untuk memperbetulkan isu-isu hak asasi manusia dan pelanggaran yang ditanggung oleh kumpulan ini.

 

Tuntutan 9

Menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea dan promosi wacana dan debat untuk memupuk rasa hormat yang lebih baik dalam kepelbagaian dan perbezaan pendapat. Ini merangkumi:

 

  1. Menubuhkan Kabinet Bayangan di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, untuk membentuk satu kabinet alternatif seperti kerajaan, di mana ahli-ahlinya membayangi atau menyerupai kedudukan setiap ahli Kabinet. Adalah menjadi tanggungjawab Kabinet Bayangan untuk mengkritik polisi dan tindakan kerajaan, dan juga mencadangkan alternatif.

  2. Memastikan kebebasan media agar wartawan dapat membuat laporan dan menjalankan kewartawanan siasatan dengan lebih efektif.

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon