Safe & Non-Discriminatory Educational Environment

Persekitaran Pendidikan Yang Selamat Dan Bebas Diskriminasi

Demand 1

Put a stop to all forms of bullying in educational institutions, both private and public, and for all levels of education.

Demand 2

 

Foster a culture of respect and non-discrimination in all educational institutions, by designing necessary incentives, policies, and public messaging to educate against all forms of discrimination and violence, including gender discrimination and gender-based violence.

Demand 3

Ensure that all educational environments are disability-friendly.

Demand 4

Review school curricula, textbooks and teaching materials for religion, moral education, living skills, and all other subjects to eliminate discrimination against women, girls, and gender non-conforming people, and to reflect instead the principles of gender equality and non-discrimination.

Demand 5

Equip school counsellors with proper knowledge and training to act as the first line of defence to advise, protect and refer troubled children to the proper assistance in instances of general bullying and importantly to be equipped with the capacity to detect, prevent and provide support for specific gender-related abuse and self-harm.

Demand 6

Review the environment of “protectionist” and “rehabilitation” type of shelters and schools such as Rumah Perlindungan and Sekolah Harapan to be more rights-based in their approach in managing the various cases. This includes reviewing if the girls who are at these schools are indeed necessary to be there, especially if they are already 18 years old and above.

Demand 7

Make public all available data on the educational attainment of girls (and women) who have been married below the age of 18, and on the percentage of teenage girls who continue their education after pregnancy. Such data would support further analysis on the harms of underage marriages and the extent to which the rights of the girl child to education are protected in the country.

Demand 8

Foster and encourage critical thinking in children from pre-school to tertiary level.

Tuntutan 1

Menghentikan semua bentuk buli di institusi pengajian, swasta dan awam dalam semua peringkat pengajian.

 

Tuntutan 2

Memupuk budaya hormat menghormati dan bebas diskriminasi di semua institusi pengajian, dengan membentuk insentif yang perlu, polisi, dan mesej awam untuk mendidik tentang semua bentuk diskriminasi dan keganasan, termasuk diskriminasi gender dan keganasan berdasarkan gender.

Tuntutan 3

Memastikan persekitaran pembelajaran mesra orang kurang upaya.

 

Tuntutan 4

Menyemak semula kurikulum sekolah, buku teks dan bahan pembelajaran untuk agama, pendidikan moral, kemahiran hidup, dan mata pelajaran lain untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita, kanak-kanak perempuan, dan mereka yang tidak menurut nilai-nilai gender, dan untuk merenung dengan dalam prinsip kesamarataan gender dan larangan diskriminasi.

Tuntutan 5

Melengkapkan kauselor sekolah dengan ilmu dan latihan yang perlu agar mereka boleh bertindak pantas sebagai individu di barisan hadapan untuk menasihati, melindungi, dan merujuk kanak-kanak bermasalah untuk mendapatkan bantuan yang sebaiknya dalam kes buli dan yang penting untuk mereka dilengkapkan dengan kapasiti untuk mengesan, mencegah dan memberikan sokongan untuk kes serangan berkaitan dengan gender dan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri.

 

Tuntutan 6

Menyemak semula persekitaran tempat dan sekolah “perlindungan” dan “pemulihan” seperti Rumah Perlindungan dan Sekolah Harapan untuk menekankan pendekatan hak dalam mengurus pelbagai kes. Ini termasuk menyemak semula jika kanak-kanak perempuan di sekolah-sekolah ini perlu untuk berada di sana, terutamanya jika mereka sudah berumur 18 tahun dan ke atas.

Tuntutan 7

Membolehkan data berkenaan pencapaian pendidikan kanak-kanak (dan wanita) yang telah berkahwin di bawah umur 18 tahun, dan peratusan remaja perempuan yang menyambung pengajian selepas mengandung diakses oleh orang awam. Data tersebut akan menyokong analisa selanjutnya tentang keburukan perkahwinan bawah umur dan setakat mana hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan dilindungi di negara ini.

Tuntutan 8

Memupuk dan menggalakkan pemikiran kritis dalam diri kanak-kanak dari peringkat pra-sekolah dan pendidikan peringkat tertiari.

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon