Displacement, Migration & Foreign Spouses

Sesaran, Migrasi Dan Pasangan Warga Asing

Demand 1

Ensure that women and children who are refugees, migrant workers (documented and undocumented), and trafficked, are treated in a gender-sensitised manner by conducting gender-sensitisation trainings for enforcement officers (immigration, police, etc.), and ensuring that what is imparted during these gender sensitisation trainings are practised in the field.

Demand 2

Develop and provide mechanisms of support and adopt regulations that would ensure freedom from gender-based violence and harassment, including arbitrary arrest, detention and extortion of refugees, migrant workers (documented and undocumented), trafficked victims, sex workers and LGBT persons.

Demand 3

Implement a policy to allow for an alternative to immigration detention given the vulnerabilities of asylum-seekers and refugee girls and pregnant and lactating women.

Demand 4

Adopt a rights-based approach, which includes the right to life, security and livelihood. This means ensuring women refugees, migrant workers and foreign spouses are allowed to work under similar employment terms and conditions as any other Malaysian employee as protected under the Employment Act 1955. This includes:

  1. Amending the language of Schedule II of the Federal Constitution to allow Malaysian women to confer their citizenship on their children born overseas, similar to Malaysian men.

  2. Reviewing and streamlining the process of birth registrations/citizenship applications and clear the backlog for children born overseas to Malaysian mothers.

  3. Simplifying the Long Term Social Visit Pass process and provide the 5-year visas to spouses that fulfil stipulated conditions, without discriminating on the basis of nationality, ethnicity, gender or income; allow for automatic conversion to Permanent Residence after 5 years.

  4. Amend laws and policies to provide foreign spouses the right to work on temporary passes; remove statement of prohibition from employment on the visa and requirement to obtain permission to work from their Malaysian husbands and make employers’ contribution to EPF and SOCSO for non-citizen spouses mandatory.

  5. Ensuring Malaysia has a specific and comprehensive law to protect domestic workers, both local and foreign as there are currently only guidelines for employers and their rights are excluded from many aspects of the labour laws.

  6. Asylum seekers and refugees to be given work permits so that they can work legally and have legal recourse when faced with discrimination or harassment.

Tuntutan 1

Memastikan wanita dan kanak-kanak pelarian, pekerja migran (mempunyai dokumen atau tidak), dan diperdagangkan, dilayan dengan sensitif gender dengan menjalankan latihan sensitif gender untuk pegawai penguatkuasa (imigresen, polis, dan sebagainya), dan memastikan apa yang diajar semasa latihan sensitif gender ini dipraktikkan di lapangan.

 

Tuntutan 2

Membentuk dan menyediakan mekanisme sokongan dan menggunapakai peraturan yang akan memastikan seseorang bebas daripada keganasan dan gangguan gender, termasuk penangkapan sewenang-wenangnya, penahanan dan peras ugut ke atas pelarian, pekerja migran (mempunyai dokumen atau tidak mempunyai dokumen), mangsa pemerdagangan manusia, pekerja seks, dan individu LGBT.

 

Tuntutan 3

Melaksanakan satu polisi yang membenarkan alternatif kepada penahanan imigresen memandangkan wujudnya kerentanan pencari suaka dan pelarian kanak-kanak dan wanita yang mengandung dan menyusu.

 

Tuntutan 4

Menggunapakai pendekatan berasaskan hak, yang merangkumi hak untuk hidup, keselamatan dan mata pencarian. Ini bermaksud memastikan pelarian wanita, pekerja migran dan pasangan warga asing dibenarkan untuk bekerja di bawah terma dan syarat pekerjaan serupa seperti pekerja Malaysia yang lain yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. Ini termasuk:

 

  1. Meminda perkataan dalam Jadual II Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan wanita rakyat Malaysia untuk memberikan kerakyatan mereka kepada anak yang dilahirkan di luar negara, sama seperti lelaki rakyat Malaysia.

  2. Menyemak semula dan menyeragamkan proses pendaftaran kelahiran/permohonan kerakyatan dan menyelesaikan kes tertangguh untuk anak yang yang dilahirkan oleh ibu rakyat Malaysia di luar negara.

  3. Memudahkan proses Pas Melawat Sosial Jangkamasa Panjang dan memberikan visa 5 tahun kepada pasangan yang memenuhi syarat yang ditetapkan, tanpa diskriminasi atas dasar kerakyatan, etnik, gender atau pendapatan; membenarkan pertukaran automatik kepada Penduduk Tetap selepas 5 tahun.

  4. Meminda undang-undang dan polisi untuk memberikan pasangan warga asing hak untuk bekerja dengan menggunakan pas sementara; memasuhkan kenyataan larangan bekerja dalam visa dan syarat untuk mendapatkan kebenaran bekerja daripada suami rakyat Malaysia dan mewajibkan sumbangan majikan kepada KWSP dan SOCSO untuk pasangan warga asing

  5. Memastikan Malaysia mempunyai undang-undang khusus dan menyeluruh untuk melindungi pekerja domestik tempatan dan warga asing kerana pada masa kini hanya terdapat garis panduan untuk majikan dan hak pekerja domestik tidak dilindungi dalam banyak aspek di bawah undang-undang buruh.

  6. Pencari suaka dan pelarian diberi permit kerja agar mereka boleh bekerja dengan sah dan boleh menggunakan jalan undang-undang apabila berhadapan dengan diskriminasi atau gangguan.

 

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon