Culture & Religion

Budaya & Agama

Demand 1

Actively discourage sexism, sexual harassment and other forms of harassment/intimidation/discrimination on the basis of gender, at the workplace, in public services, and in institutions of learning, including public schools.

 

Demand 2

Ensure that women are not excluded from the study of their religious texts, and include them in the interpretation and codification of these texts and their edicts.

 

Demand 3

Review the formal and informal religious education of clergy and religious educators to ensure that training materials and programmes reflect the spirit of equality and gender justice granted to women, taking into consideration the changing roles and realities of women’s lives in the family, community and nation.

 

Demand 4

Uphold women and girls’ right to privacy and personal autonomy in conducting activities without being morally policed and/or being subjected to surveillance by communities, private sectors, the state and non-state actors. Legislations, technology, policy and speech that attempt to regulate, surveil, control and restrict women’s and girls’ expression and behaviour, where the evidence of harmful impact is often absent, should be objected. This includes decriminalising laws that regulate consensual sexual relations between adults, and eliminating all efforts to correct or rehabilitate a person’s gender identity, gender expression and sexual orientation.

Demand 5

Amend the Islamic Family Law Act and the Law Reform (Marriage & Divorce) Act to raise the minimum age for marriage of girls to eighteen (18) without exceptions.

 

Demand 6

 

Set up a register for documentation of underage marriage (for non-Muslim marriages) at the chief minister’s office and the Marriage Registration Office (for Muslim marriages) to monitor its prevalence and justification of these marriages.

Demand 7

Encourage all Malaysian states and federal territories to adopt a uniform set of Syariah laws. The uniform law should also guarantee reciprocity among the Syariah courts in different states, such that court orders in one state would apply to the same person in a different state.

Tuntutan 1

Dengan aktif melarang seksisme, gangguan seksual dan gangguan/intimidasi/diskriminasi dalam bentuk lain atas dasar gender, di tempat kerja, perkhidmatan awam, instititusi pengajian, termasuk sekolah awam.

 

Tuntutan 2

Memastikan wanita tidak dikecualikan dari pengajian teks agama mereka, dan melibatkan mereka dalam penafsiran dan kodifikasi teks ini dan hukumnya.

 

Tuntutan 3

Menyemak semula pendidikan agama rasmi dan tidak rasmi agamawan dan guru agama untuk memastikan bahan dan program latihan mencerminkan semangat kesamarataan dan keadilan gender diberikan kepada wanita, dengan mengambil kira peranan dan realiti wanita dalam keluarga, masyarakat dan negara yang telah berubah.

 

Tuntutan 4

Memartabatkan hak privasi dan autonomi diri wanita dan kanak-kanak perempuan dalam menjalankan aktiviti tanpa wujud kepolisian moral dan/atau diawasi oleh masyarakat, sektor swasta, negara atau pelaku bukan negara. Undang-undang, teknologi, polisi dan kata-kata yang cuba untuk mengawal selia, mengawasi, mengawal dan menyekat ekspresi dan perlakuan wanita dan kanak-kanak perempuan, di mana bukti kesan buruk tidak wujud, mestilah ditentang. Ini termasuk memansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seksual sukarela di antara orang dewasa satu jenayah, dan juga menghapuskan semua usaha untuk memperbetulkan atau memulihkan identiti gender, ekspresi gender dan orientasi seks seseorang.

 

Tuntutan 5

Meminda Akta Undang-Undang Keluarga Islam dan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) untuk menaikkan umur minima untuk perkahwinan kanak-kanak perempuan ke lapan belas (18) tahun tanpa pengecualian.

 

Tuntutan 6

Membentuk satu daftar untuk dokumentasi perkahwinan bawah umur (untuk perkahwinan bukan Islam) di pejabat ketua menteri dan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan (untuk perkahwinan Islam) untuk memantau kelaziman dan justifikasi perkahwinan ini.

 

Tuntutan 7

Menggalakkan semua negeri di Malaysia dan wilayah persekutuan untuk menggunapakai undang-undang Syariah yang seragam. Undang-undang seragam ini juga perlu menjamin timbal balik di antara mahkamah Syariah di negeri lain, di mana perintah mahkamah di satu negeri akan terpakai kepada individu yang sama di negeri lain.

© MANIFESTO WANITA 2018   by Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

  • Facebook App Icon
  • Twitter App Icon
  • YouTube App Icon